Wednesday, September 26, 2018

BBM 3410/18 Minggu 2 : Mari Belajar Asas Grafik

Pada kuliah minggu kedua pelajar didedahkan dengan aspek asas grafik. Menurut apa yang disampaikan prof pada hari tersebut asas grafik merangkumi 5 aspek utama iaitu:

1.Mudah
2.Keseimbangan
3.Kesesuain
4.Warna
5. Teks

Selepas itu, pelajar terus diminta untuk menjalankan tugasan pertama secara berkumpulan. Beberapa proses dilakukan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan menggunakan bahan-bahan yang diarahkan oleh prof pada minggu pertama. Dalam tempoh lebih kurang satu jam, kumpulan saya berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan. Hasilnya seperti gambar di bawah.







BBM3410/18 Kuliah Minggu Pertama



  Pada minggu pertama,  Pensyarah mengagihkan pelajar kepada beberapa kumpulan untuk melakukan tugasa-tugasan yang diberikan kepada pelajar. Pada hari tersebut, pensyarah menyampaikan maklumat mengenai kerangka kursus. Selanjutnya, prof terus menyampaikan tugasan yang akan dilakukan pada minggu berikutnya. Antara perkara yang disampaikan ialah prof meminta pelajarnya membawa bahan-bahan seperti mounting board dan ribbon  , gam, gunting serta majalah lama dibawa pada kuliah berikutnya.

BBM3410/18: Sepintas Lalu Biodata Ahmad Safwan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Selamat datang ke blog rasmi saya yang seindah tuan pemilik blog ini. Dalam tulisan pertama blog ini, seperti biasa saya akan menulis mengenai keperibadian saya. Sudah pasti anda semua ternanti-nanti siapa individu  yang menggelarkan dirinya Terlajak Kacak ini. Baiklah, nama diberi Ahmad Safwan bin Kamarul Zaman. Saya dilahirkan di negeri Terengganu Darul Iman. Jejaka yang mempunyai matlamat tinggi ini sekarang sedang menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) iatu salah sebuah pusat pengajian tinggi termasyhur di Malaysia. Saya mengambil jurusan Bacelor Bahasa dan Linguistik Melayu di UPM. Seterusnya, saya juga memiliki personaliti yang tersendiri. Berkenaan dengan personaliti diri saya sudahpasti bagi yang mengenali saya tahu akan keperibadian saya. Tetapi tidak mengapa saya akan mengupas serba sedikit apa yang saya meyakini bahawa itu ialah diri saya. Saya walaupun kelihatan seperti seorang yang pendiam dan lemah gemalai, tetapi sebenarnya saya seorang yang periang dan seor oranang yang suka menghiburkan rakan-rakan. Selepas itu, saya juga merupakan seorang yang cepat marah  sebenarnya akan tetapi mudah memaafkan orang.

Akhir sekali, saya memiliki cita-cita untuk menjadi seorang pendidik. Itu memang satu impian sejak dari alam persekolahan lagi. Kenapa saya begitu cenderung untuk menjadi seorang pendidik? Jawapannya, bagi saya menjadi seorang pendidik merupakan satu penghormatan besar buat insan yang bergelar pendidik kerana melalui didikan yang diajarnya dan diasahnya melahirkan modal insan yang berguna untuk masyarakat,bangsa dan negara. Seterusnya, saya juga memiliki satu impian untuk bergelar seorang usahawan yang berjaya. Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya bukan suatu perkara yang mudah. Sudah beberapa kali saya mencuba mengusahakan sesuatu perniagaan tetapi masih lagi tidak begitu  stabil dan memerlukan banyak lagi ilmu pengetahuan untuk memperbaik pulih kesilapan yang dilakukan. Saya rasa setakat ini sahaja saya .menceritakan serba sedikit mengenai diri saya. Saya berharap apa yang baik ditunjukkan oleh diri saya boleh diambil iktibar orang lain dan apa yang buruk dari saya betulkan saya dan sama-sama membimbing saya ke arah kebaikan. 

Sekian, terima kasih.

BBM3410/18: Facebook

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, kali ini sayamahu kongsikan mengenai tugasan minggu ke 12. Pada minggu tersebut, p...