Monday, October 29, 2018

BBM3410/18 Bekerja Dengan Serdang Cendol Sempena Pesta Konvo

Salam semua peminat-peminat saya. Di sini saya mahu kongsikan mengenai  cuti hujung minggu saya. Di saat rakan-rakan lain pulang ke kampung, sayaa mengambil keputusan untuk membuat kerja  sambilan dengan Serdang sempena Pesta Konvokeyen UPM. Saya mengambil keputusan itu semata-mata untuk mencari wang lebih selain mencari pengalaman. Mula-mula agak penat kerana tanpa henti menyediakan cendol untuk orang ramai tanpa henti dari pagi sampai petang. Walaubagaimanapun, saya berpuas hati kerana dapat menghilangkan haus orang ramai dengan menyediakan cendol yang terbaik untuk mereka. Ramai yang memuji dengan cendol yang disediakan oleh kami. Ada yang berkali-kali membeli cendol dengan kami, katanya cendol ni sangat terbaik dan lain daripada yang lain. Apa yang penting sekali cendol yang terdapat di Serdang Cendol bebas lemak kerana kami menghasilkan cendol daripada santan sawit. InshaAllah, jika diberi peluang lagi untuk membuat kerja sambilan di sini, saya pasti akan mengambil peluang ini lagi. 


                                                   Gambar pelanggan bersama Serdang Cendol

BBM3410/18 : Final Piala Malaysia Yang Tragik

Salam semua, sini saya ingin kongsikan mengenai final Piala Malaysia yang membabitkan Terengganu dan Perak. sebagai anak Terengganu sudah pasti hati dengan penuh perasaan memberi sokongan kepada pasukan negeri tercinta. Walaubagaimanapun, keputusan penuh memihak kepada pasukan Perak.  Keputusan perlawanan terikat dengan jaringan 3-3 . Perak menang menerusi sepakan penalti. Walau apapun saya tetap berbangga dengan perjuangan pemain kerana bertungkus lumus dalam perlawanan tersebut. Perlawanan itu mencetus kontroversi kerana mutu pengadilan yang banyak keputusan yang mencetus kemarahan para penyokong dan pemain. Memang cukup kecewa kerana pasukan tewas di saat akhir apabila pemain pertahanan Terengganu, iaitu Igor Zonjic tertampang bola ke gawang sendiri. Selepas itu, Terengganu tewas di peringkat penali dengan jaringan 4-1.Keputusan tersebut terus menghampakan para penyokong. Tahniah Perak The Bos Gaurus! Untuk pasukan Terengganu FC cuba lagi pada masa akan datang.



BBM3410/18 Pembentangan Simpulan Bahasa

Assalamualaikum semua, saya nak berkongsi kepada anda mengenai pembelajaran saya di kelas Prof Dr Normaliza minggu lepas. Minggu lepas pelajar diminta untuk membentangkan hasil slide video mengenai tugasan pantun  yang dilakukan pelajar. Setiap kumpulan membentangkan tugasan masing-masing dengan jayanya. Masing-masing mempunyai hasil tersendiri dan semuanya menarik. Ada yang gelak ketawa melihat pembentangan tersebut. Untuk kumpulan kami, kami membentangkan pantun  seperti angkat bahu, buah tangan, buku lima, curi tulang dan lain-lain. Selain itu, kami menghiasi slide kami dengan bunyi lagu Maafkan Kami yang dinyanyikan oleh P. Ramlee. Alhamdulillah, pembentangan kumpulan kami dipuji oleh Prof dan katanya tiada sebarang masalah dengan slide daripada kumpulan kami. Terima kasih PROF!!!!

Sunday, October 21, 2018

BBM3410/18 Terengganu Ke Final!!



Ft: JDT 2-2 Terengganu
Tahniah kepada pasukan Terengganu mara ke final Piala Malaysia 2018.
Killer pass dari Lee Tuck membolehkan Kepre yang tidak diawasi oleh Marcos melakukan jaringan pertama Terengganu .Gol kedua hasil counter attack dimulai oleh Ashaari dan sekali lagi Kepre mudah menewaskan Farizal.
Tiada luck untuk Johor malam ini.Jumpa Lagi Tahun hadapan .
Motm: Kepre / Sufian
Gua on Guys

BBM3410/18 Paskal

Salam sejahtera semua, hari ni saya ada kisah menarik nak kongsi dengan anda. Baru-baru ni saya menonton filem terhangat di pasaran ketika ini iaitu Paskal. Serius cerita ini memang terbaik tidak dapat diangkal lagi. Filem yang mengisahkan pengorbanan seorang komando tentera  demi mempertahankan tanah air, agama dan bangsa. Pada babak yang paling menyayat hati, apabila tentera kita iaitu, Joshua sanggup mengorbankan dirinya dengan menutupi tubuhnya ke arah letusan bom daripada bom tempias ke orang awam. Selain itu, filem ini juga mengisahkan betapa duit juga boleh mengubah pendirian seseorang. Kita lihat seorang bekas tentera, sanggup belok kepada musuh semata-mata kerana dikaburi dengan wang. Perkara yang paling penting sekali, rakyat Malaysia pada hari ini haruslah mengambil iktibar daripada filem ini dan perlu menanam semangat cinta tanah air dan sentiasa bersedia berkorban demi agama, bangsa dan negara.


BBM3410/18 Simpulan Bahasa

Salam semuanya. Apa khabar semua? Semoga anda yang membaca blog ini berada dalam keberkatan selalu. Pada minggu ke-6 subjek multimedia dalam bahasa, Pelajar ditugaskan untuk mengambil gambar bersesuaian mengikut simpulan bahasa yang telah diberikan kepada setiap kumpulan.  Pelajar diminta untuk memilih 10 peribahasa. Peribahasa yang dipilih berbeza mengikut kumpulan. Setelah tamat sahaja kuliah, saya dan kumpulan terus pergi mencari lokasi yang sesuai untuk sesi fotografi  bagi tugasan ini. Hanya dalam masa satu jam, kumpulan selesai dengan jayanya tugasan yang diberikan. Nak tengok hasilnya? Baiklah, saya akan berkongsi kepada anda hasil tangkapan gambar kumpulan kami!😊😊


Curi tulang


Mandi peluh


Buah tangan


Perut kosong

Wednesday, October 10, 2018

BBM3410/18 : Tudung bawal chiffon

Assalamualaikum semua, dalam penulisan kali ini saya ingin menceritakan mengenai perniagaan tudung. Bukan mudah untuk seorang  lelaki memulakan perniagaan ini kerana saya perlu tentang tudung dan memahami citarasa perempuan mengenai tudung yang dipakai. Saya memulakan dengan memasarkan bawal kain chiffon. Alhamdulillah, setakat yang terjual maklum balas daripada pelanggan sangat baik. Dan ramai yang memberi maklum balas bahawa kain cukup selesa bila dipakai dan yang penting mudak dibentuk. Situasi menjual tudung amat berbeza dengan menjual baju. Mungkin berlatar belakang berlainan pelanggan. Jika baju yang saya jual, lebih kepada pelangan lelaki dan kali ini perempuan. Antara yang laris  terjual bawal bidang 50 Red Maroon dan bidang 60 warna Dusty Ribena. Harga bawal ini berbeza ikut bidang. Bidang 45 dijual dengan harga RM12, bidang 50 berharga RM18 dan bidang 60 RM19 sahaja. Pelanggan perlu menambah RM8 untuk tujuan pengeposan barang. Saya membuat perniagaan sebagai wang  tambahan selain bekerja di syarikat kilang cetak baju di Bangi.





Bagi yang berminat untuk membuat pembelian bawal chiffon saya boleh mengikuti di Instagram @irdhynascarf .


Sekian terima kasih.

BBM3410/18 : Lawatan ke Genting


Assamualaikum semua, penulisan kali ini saya ingin kongsikan kepada anda semua mengenai lawatan saya ke Genting Highland baru-baru ini. Itu merupakan kali pertama saya menjejak kaki ke Genting.  Saya ke sana menaiki bas. Saya mengambil keputusan melawat hujung minggu baru ni kerana saya mendapati bahwa tiket ke Genting sangat murah RM10 sahaja. Jadi tanpa berfikir panjang saya terus mengambil keputusan berangkat ke genting seawal 8 pagi. Perjalanan ke sana dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) hampir 2 jam sahaja. Mungkin sampai awal kerana keadaan lalu lintas  tidak begitu sibuk pada awal pagi.

 Seterusnya, sebaik sahaja menjejak kaki ke Genting sedikit teruja kerana cuaca di sana sedikit sejuk tidak seperti di kota. Saya juga melihat pembangunan di genting juga pesat rupa-rupanya. Dalam fikiran saya sebelum ini Genting hanyalah tempat pusat peranginan semata-mata. Tetapi hakikat sebenar Genting merupakan sebuah lokasi yang pesat membangun. Ada satu taman tema yang sedang dibina di Genting dijangka siap pada tahun 2020. Setelah siap pembinaan taman tema ini sudah pasti nama Genting akan gah kerana taman tema ini setaraf dengan Disneyland. 

Selepas itu, tak sah pergi Genting tidak menaiki kereta kabel. Menaiki kereta bagi saya biasa sahaja tidak seperti gayat yang saya sangkakan. Tetapi, apa yang menarik dapat melihat pemandangan bumi Genting yang gah di banjaran Titiwangsa. Selepas itu, saya berjalan-jalan di pusat membeli-belah di Genting. Agak mewah pusat membeli-belah di sana saya hanya mampu menyuci mata sahaja. Tapi itu bukanlah tujuan utama kerana apa yang penting dapat menikm Allah SWT.







Sekian terima kasih.


BBM3410/18 : Proses flat lay


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, penulisan ini saya akan menceritakan tentang pembelajaran saya dalam subjek multimedia mengenai flat lay. Flat lay merupakan satu teknik menangkap gambar dari atas objek. Kedudukan kamera perlu berada di tengah bahagian gambar yang diambil. Selepas itu, pelajar juga dimaklumkan oleh prof bahawa untuk menangkap gambar flat lay
 prlu mengambil kira tentang pencahayaan. Kedudukan kamera prlu berada di bawah cahaya bagi mengelak penampakan bayang objek ketika gambar ditangkap.


Flat lay

Seterusnya, pelajar meneruskan dengan tangkapan gambar half flat lay. Kedudukan bagi half flat lay ialah 45 darjah dari arah kedudukan objek. 



Gambar half flat lay.

Seterusnya ialah zero flat lay. Zero flat lay paling mudah berbanding yang lain kerana pelajar hanya perlu letak kamera berkedudukan zero darjah. 


Gambar zero flat lay.

Akhir sekali,quarter flat lay. Bagi quarter flat kedudukan kamera separuh daripada half flat lay dalam lingkungan 22.5 darjah.



Gambar bagi quarter flat lay.



Berikut merupakan gambar proses daripada kumpulan kami untuk menghasilkan tugasan ini. Terima kasih semua kerana masing-,masing berganding bahu dalam menjayakan tugasan ini.





Terima kasih.


Wednesday, October 3, 2018

BBM3410/18 : Minggu Bekerja Keras

Assalamualaikum semua, semoga dalam keberkatan selalu. Tulisan kali ini saya mahu menceritakan sedikit mengenai minggu yang cukup mencabar bagi saya. Saya seperti rutin pelajar tahun akhir yang lain perlu menyiapkan kerja kursus, projek tahun akhir dan pergi ke kelas. Dalam masa yang sama, saya juga bekerja sambilan di sebuah syarikat cetak baju yang cukup terkenal di Bangi. Rakyat Malaysia ketika ini sibuk dengan acara tahunan .iaitu Hari Sukan Negara. Hal ini secara tidak langsung menjadikan banyak tempahan baju yang dibuat dan terjual. Jadi saya perlu tabah melayan karenah pelanggan-pelanggan yang membuat pembelian baju dengan kami. Walaupun dalam tekanan dan kesibukan, saya bersyukur kerana itulah rezeki yang diberi oleh Allah SWT untuk saya mencari sumber pendapatan untuk menampung kehidupan seharian selain melakukan simpanan untuk masa hadapan. Walaupun harungi alam pekerjaan, bagi saya itu tidak menghalang saya untuk bergerak seperti biasa sebagai seorang mahasiswa. Selamat menyambut Hari Sukan Negara untuk seluruh rakyat Malaysia!



Majulah sukan untuk negara.

BBM3410/18 : Hari Pesta Makanan

Assalamualaikum semua, semoga dalam keberkatan selalu. Tulisan kali ini saya akan menceritakan mengenai Hari Pesta Makanan yang diadakan di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia. Tujuan utama pesta ini diadakan bertujuan mengangkat kembali makanan-makanan tradisional Melayu. Setiap porgram seperti biasa pasti dimulakan dengan ucapan oleh tetamu kehormat. Selepas selesai ucapan, saya terus bergerak ke gerai-gerai dan menyaksikan pelbagai jenis makanan tradisional yang terdapat di pesta tersebut. Sebagai maklumat tambahan, gerai-gerai tersebut diusahakan oleh penjawat UPM termasuklah beberapa orang pensyarah Fakulti Bahasa Moden seperti Dr Norazlina dan Dr Hasnah.  Saya sempat membeli Laksa Penang yang dihidangkan oleh Dr Norazlina dan rasanya cukup enak sekali. Berikut merupakan gambar-gambar yang ditangkap ketika hari kejadian.





















Pengunjung kelihatan gembira dengan suasana Pesta Makanan.



Saya sedang meninjau juadah yang disediakan




Saya membeli Laksa Penang yang dimasak oleh hasil tangan Dr Norazlina

BBM 3410/18 : MEMUATNAIK GAMBAR UNTUK TUGASAN

Assalamualaikum semua, penulisan kali ini mengenai tugasan yang telah diberi kepada kami iaitu menangkap gambar over the shoulder, portrait, mugshot, medium shot, long shot dan birds eye view. Kemudian kami dikehendaki untuk memuatnaik gambar ke laman Instagram bertujuan untuk berkongsikan hasil tangkapan kepada sahabat dan pensyarah. Seterusnya, pelajar dikehendaki memuatnaik tiga gambar untuk setiap kategori. Bagi setiap gambar yang dimuatnaik perlu disertakan dengan  satu kata-kata hikmah yang perlu diambil daripada buku 200 Quotes yang dibeli pelajar bernilai RM85  bagi setiap gambar.  Bagi memudahkan pencarian gambar yang dimuatnaik, pelajar diminta untuk menaip tiga hashtag iaitu :

#ProfDrN
#200Quotes
#BBM3410Fotografi

Selama tempoh waktu yang diberikan Prof, saya berjaya menyiapkan tugasan tersebut dengan jayanya. Berikut merupakan gambar yang diberikan yang telah saya memuatnaik ke Instagram.



Portrait


Birds Eye View


Long Shot


Medium Shot


Over The Shoulder


Mugshot




Setelah menyiapkan tugasan ini, saya terus beralih kepada satu lagi tugasan yang telah diberi oleh Prof. Bagi tugasan kali ini, pelajar dikehendaki untuk menterjemah mengemukakan persepsi terhadap media sosial mengikut pemahaman pelajar berdasarkan buku BOOM. Segala format dan arahan telah dimaklumkan pensyarah di laman Putrablast yang perlu dipatuhi pelajar bagi menyiapkan tugasan ini. Setelah selesai, pelajar akan mengemelkan kepada penyarah hasil kerja. Dalam tugasan tersebut, pensyarah hanya menerima lebih kurang 20 orang sahaja kerana selebihnya difahamkan tidak mengikut seperti yang dikehendakinya. Malang sekali, untuk tugasan kali ini, hasil kerja saya tidak diterima oleh Prof. Tidak mengapa mungkin ada kesilapan yang saya lakukan dan saya akan cuba menambah baik segala kekurangan dan kesilapan yang dilakukan berdasarkan tugasan tersebut.

BBM3410/18: Facebook

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, kali ini sayamahu kongsikan mengenai tugasan minggu ke 12. Pada minggu tersebut, p...