Assamualaikum semua, penulisan
kali ini saya ingin kongsikan kepada anda semua mengenai lawatan saya ke
Genting Highland baru-baru ini. Itu merupakan kali pertama saya menjejak kaki
ke Genting. Saya ke sana menaiki bas.
Saya mengambil keputusan melawat hujung minggu baru ni kerana saya mendapati bahwa tiket ke Genting sangat murah RM10 sahaja. Jadi tanpa berfikir panjang saya terus mengambil keputusan berangkat ke genting seawal 8 pagi. Perjalanan ke sana dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) hampir 2 jam sahaja. Mungkin sampai awal kerana keadaan lalu lintas tidak begitu sibuk pada awal pagi.
Seterusnya, sebaik sahaja menjejak kaki ke Genting sedikit teruja kerana cuaca di sana sedikit sejuk tidak seperti di kota. Saya juga melihat pembangunan di genting juga pesat rupa-rupanya. Dalam fikiran saya sebelum ini Genting hanyalah tempat pusat peranginan semata-mata. Tetapi hakikat sebenar Genting merupakan sebuah lokasi yang pesat membangun. Ada satu taman tema yang sedang dibina di Genting dijangka siap pada tahun 2020. Setelah siap pembinaan taman tema ini sudah pasti nama Genting akan gah kerana taman tema ini setaraf dengan Disneyland.
Selepas itu, tak sah pergi Genting tidak menaiki kereta kabel. Menaiki kereta bagi saya biasa sahaja tidak seperti gayat yang saya sangkakan. Tetapi, apa yang menarik dapat melihat pemandangan bumi Genting yang gah di banjaran Titiwangsa. Selepas itu, saya berjalan-jalan di pusat membeli-belah di Genting. Agak mewah pusat membeli-belah di sana saya hanya mampu menyuci mata sahaja. Tapi itu bukanlah tujuan utama kerana apa yang penting dapat menikm Allah SWT.
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment