Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, kali ini sayamahu kongsikan mengenai tugasan minggu ke 12. Pada minggu tersebut, pelajar diminta untuk membentangkan video terakhir tugasan di dalam kelas. Setiap kumpulan video yang baik sekali. Semua kumpulan dipuji prof dan baginya kumpulan kali ini paling terbaik pernah diajarnya. Saya dan rakan-rakan yang lain juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas ilmu dan motivasi yang dicurahkan oleh prof kepada kami. Setelah selesai menonton, sebelum kelas tamat, Prof sempat meminta satu lagi tugasan terakhir kepada pelajarnya iaitu memuat naik dua gambar bersamanya di dalam laman Facebook. Apa lagi berebutlah kami untuk bergambar dengan prof. Satu gambar dengan prof saya terpaksa ambil gambar pada lain kelas. Berikut gambar yang telah dimuat naik ke akaun Facebook saya.
Friday, December 14, 2018
Wednesday, December 5, 2018
BBM3410/18 Tanpa Wajah
assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Posting kali ini saya akan menceritakan mengenai teknik rakaman video tanpa wajah. Teknik ini cukup unit kerana rakaman video tidak boleh sama sekali memaparkan wajah objek. Jadi kita perlu kreatif untuk merangka plot jalan cerita bagi memastikan mesej yang ingin disampai dalam video sampai dan difahami audien. Teknik ini juga memerlukan rakaman perlu fokus kepada satu objek dan objek itulah akan memainkan peranan nadi kepada keberkesanan dalam video. Baru-baru ni prof telah memberi tugasan ini kepada kami. Alhamdulillaj setiap kumpulan berjaya melakukan dengan baik sekali. Berikut merupakan hasil kumpulan kami.
Tanpa wajah
BBM3410/18 One Shot
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pada posting kali ini saya akan menceritakan mengenai rakaman video one shot. Teknik One Shot merupakan satu teknik merakam video di mana kamera ditetapkan dan fokus secara kekal dan tidak bergerak. Objek perlu masuk ke dalam rakaman. One Shot terbahagi kepada 3 jenis iaitu One Shot One Layer, One Shot Two Layer dan One Shot three Layer. Pernah anda menonton video lagu Bruno Mars iaitu Lazy Song? Klip video lagu ini menggunakan teknik One Shot. Berikut merupakan contoh One Shot bagi setiap jenis.
One shot one layer
One shot two layer
One shot three layer
BBM3410/18 Papan Penceritaan
assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Posting kali ini saya akan menceritakan tentang papan penceritaan. Papan penceritaan yang dimaksudkan ialah e-majalah. E-majalah tidak lagi menggunakan bahan kertas
untuk menulis artikel-artikelnya seperti majalah pada umumnya, tetapi dalam
bentuk digital file yang dapat diakses melalui media elektronik seperti
Komputer , Laptop , handphone , BlackBerry , android , iPhone , iPad dan
lainnya teknologi. Prof memberi tugasan kepada kami supaya kami mendapat pendedahan menghasilkan e-majalah. Namun, tugasan yang diberikan prof sedikit kelainan kerana pelajar diminta membuat secara manual iaitu melukis dan menulis di atas kertas. Seperti biasa pelajar redha dengan tugasan yang diberikan.
Kumpulan kami telah memilih produk pakaian sebagai barang yang ingin dimasukkan dalam majalah. Pakaian mempunyai pelbagai jenis iaitu pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak. Berikut merupakan jenis pakaian yang kami senaraikan dalam majalah ini.
Lelaki:
-formal
Pakaian untuk ke majlis formal, pejabat, temu duga.
-kasual
Pakaian bersifat santai seperti pergi berjalan-jalan
-sukan
Pakaian untuk bersukan biasanya jersi.
Wanita:
-formal
Pakaian untuk majlis formal, ke tempat kerja, temu duga
-kasual
Pakaian santai
-fesyen
Pakaian untuk ke pusat beli belah
Kanak-kanak:
-pelbagai
Pakaian kanak-kanak merangkumi pakaian untuk berjalan, bersantai, majlis dan sebagainya.

BBM3410/18 Asas Grafik
assalamualaikum dan salam sejahtera, post kali ini saya akan mengupas kembali mengenai asas grafik. Seperti yang kita faham asas grafik mempunyai 5 elemen penting iaitu mudah, keseimbangankesesuain, warna dan teks. Keberkesanan elemen ini dalam asas grafik akan menghasilkan hasil kerja yang produktif. Hasil kerja yang produktif secara tidak langsung akan meningkatkan mutu dan nilai sesuatu karya grafik. Bagi topik ini, prof pernah memberi satu tugasan di mana pelajar buat secara kumpulan. Beberapa proses dilakukan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan menggunakan bahan-bahan yang diarahkan oleh prof pada minggu pertama. Dalam tempoh lebih kurang satu jam, kumpulan saya berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan. Hasilnya seperti gambar di bawah.
Sepanjang menyiapkan proses ini, saya berasa cukup gembira kerana dapat borak dengan rakan sekumpulan. Maklumlah, jarang untuk kami meluang masa bersama jadi kesempatan semasa buat kerja sahaja peluang terbaik untuk kami berbual. Kami juga sama-sama berganding bahu menyiapkan tugasan prof. Sehubungan dengan itu, dalam menyiapkan tugasan secara tidak langsung telah mengeratkan hubungan silaturahim antara kami. Harap hubungan akrab ni tidak akan terputus suatu hari nanti.

Subscribe to:
Posts (Atom)
BBM3410/18: Facebook
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, kali ini sayamahu kongsikan mengenai tugasan minggu ke 12. Pada minggu tersebut, p...
-
Assalamualaikum semua, dalam penulisan kali ini saya ingin menceritakan mengenai perniagaan tudung. Bukan mudah untuk seorang lelaki memula...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, kali ini sayamahu kongsikan mengenai tugasan minggu ke 12. Pada minggu tersebut, p...
-
Salam semua peminat-peminat saya. Di sini saya mahu kongsikan mengenai cuti hujung minggu saya. Di saat rakan-rakan lain pulang ke kampung...