Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18 Papan Penceritaan

assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Posting kali ini saya akan menceritakan tentang papan penceritaan. Papan penceritaan yang dimaksudkan ialah e-majalah. E-majalah tidak  lagi menggunakan bahan  kertas untuk menulis artikel-artikelnya seperti majalah pada umumnya, tetapi dalam bentuk digital file yang dapat diakses melalui media elektronik seperti Komputer , Laptop , handphone , BlackBerry , android , iPhone , iPad dan lainnya teknologi. Prof memberi tugasan kepada kami supaya kami mendapat pendedahan menghasilkan e-majalah. Namun, tugasan yang diberikan prof sedikit kelainan kerana pelajar diminta membuat secara manual iaitu melukis dan menulis di atas kertas. Seperti biasa pelajar redha dengan tugasan yang diberikan.


Kumpulan kami telah memilih produk pakaian sebagai barang yang ingin dimasukkan dalam majalah.  Pakaian mempunyai pelbagai jenis iaitu pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak. Berikut merupakan jenis pakaian yang kami senaraikan dalam majalah ini.

Lelaki:
-formal
Pakaian untuk ke majlis formal, pejabat, temu duga.

-kasual
Pakaian bersifat santai seperti pergi berjalan-jalan

-sukan
Pakaian untuk bersukan biasanya jersi.


Wanita:
-formal
Pakaian untuk majlis formal, ke tempat kerja, temu duga

-kasual
Pakaian santai

-fesyen
Pakaian untuk ke pusat beli belah


Kanak-kanak:
-pelbagai
Pakaian kanak-kanak merangkumi pakaian untuk berjalan, bersantai, majlis dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Facebook

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, kali ini sayamahu kongsikan mengenai tugasan minggu ke 12. Pada minggu tersebut, p...