Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18 Asas Grafik

assalamualaikum dan salam sejahtera, post kali ini saya akan mengupas kembali mengenai asas grafik. Seperti yang kita faham asas grafik mempunyai 5 elemen penting iaitu mudah, keseimbangankesesuain, warna dan teks. Keberkesanan elemen ini dalam asas grafik akan menghasilkan hasil kerja yang produktif. Hasil kerja yang produktif secara tidak langsung akan meningkatkan mutu dan nilai sesuatu karya grafik. Bagi topik ini, prof pernah memberi satu tugasan di mana pelajar buat secara kumpulan.  Beberapa proses dilakukan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan menggunakan bahan-bahan yang diarahkan oleh prof pada minggu pertama. Dalam tempoh lebih kurang satu jam, kumpulan saya berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan. Hasilnya seperti gambar di bawah.








Sepanjang menyiapkan proses ini, saya berasa cukup gembira kerana dapat borak dengan rakan sekumpulan. Maklumlah, jarang untuk kami meluang masa bersama jadi kesempatan semasa buat kerja sahaja peluang terbaik untuk kami berbual. Kami juga sama-sama berganding bahu menyiapkan tugasan prof. Sehubungan dengan itu, dalam menyiapkan tugasan secara tidak langsung telah mengeratkan hubungan silaturahim antara kami.  Harap hubungan akrab ni tidak akan terputus suatu hari nanti.







No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Facebook

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, kali ini sayamahu kongsikan mengenai tugasan minggu ke 12. Pada minggu tersebut, p...