Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, penulisan saya kali ini hanya mahu meluahkan sedikit mengenai cita-cita saya dan impian saya dari kecil. Saya memang bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang guru. Sayaberimpikan impian itu kerana tugas seorang guru sebagai pendidik anak bangsa memang suatu tanggungjawab besar untuk dipikul. Betapa sejuknya hati seorang guru melihat anak didiknya menjadi seorang insan yang berguna buat masyarakat di esok hari. Oleh sebab itu, saya amat menghormati warga pendidik. Tapi sayang sekali peluang untuk saya mengampai impian itu mungkin tertutup kerana saya bukanlah mengambil bidang pendidikan. Malah sekarang saya juga sudah seperti selesa berkhidmat dengan syarikat Ultraprint Universal. Seandainya mendapat peluang kedua untuk melayakkan diri ke bidang pendidikan saya tidak menolak kemungkinan untuk menggapai peluang itu tetapi dalam masa yang sama agak sukar untuk memaksa saya angkat kaki dari Ultraprint.
Monday, November 12, 2018
Sunday, November 11, 2018
BBM3410/18 : Rancangan Prof Normaliza Di TV Al-Hijrah
Assalamualaikum semua, hari ni saya mahu cerita sedikit secara santai mengenai tugasa yang diberikan prof tempoh hari. Pada minggu lepas, kelas terpaksa dilakukan secara online kerana prof kami perlu menghadirkan diri ke TV Al Hijrah. Prof meminta pelajarnya untuk menonton rancangan tersebut di mana beliau sebagai tetamu jemputan. Pelajar ditugaskan untuk mengambil foto dan dan memuatnaik gambar prof di instagram. Pelajar diminta mengambil gambar yang cantik. Gambar yang cantik prof akan like gambar tersebut dan memberikan komen pada gambar jika pelajar meletakkan hashtag yang mencuit hati prof. Gambar yang saya memuat naik diterima prof dan syukur hashtag yang saya letak pada post juga berjaya mencuit hati prof sekaligus memaksa prof meninggalkan komen di ruangan komen gambar yang saya memuatnaik di instagram.
Monday, October 29, 2018
BBM3410/18 Bekerja Dengan Serdang Cendol Sempena Pesta Konvo
Salam semua peminat-peminat saya. Di sini saya mahu kongsikan mengenai cuti hujung minggu saya. Di saat rakan-rakan lain pulang ke kampung, sayaa mengambil keputusan untuk membuat kerja sambilan dengan Serdang sempena Pesta Konvokeyen UPM. Saya mengambil keputusan itu semata-mata untuk mencari wang lebih selain mencari pengalaman. Mula-mula agak penat kerana tanpa henti menyediakan cendol untuk orang ramai tanpa henti dari pagi sampai petang. Walaubagaimanapun, saya berpuas hati kerana dapat menghilangkan haus orang ramai dengan menyediakan cendol yang terbaik untuk mereka. Ramai yang memuji dengan cendol yang disediakan oleh kami. Ada yang berkali-kali membeli cendol dengan kami, katanya cendol ni sangat terbaik dan lain daripada yang lain. Apa yang penting sekali cendol yang terdapat di Serdang Cendol bebas lemak kerana kami menghasilkan cendol daripada santan sawit. InshaAllah, jika diberi peluang lagi untuk membuat kerja sambilan di sini, saya pasti akan mengambil peluang ini lagi.
Gambar pelanggan bersama Serdang Cendol
BBM3410/18 : Final Piala Malaysia Yang Tragik
Salam semua, sini saya ingin kongsikan mengenai final Piala Malaysia yang membabitkan Terengganu dan Perak. sebagai anak Terengganu sudah pasti hati dengan penuh perasaan memberi sokongan kepada pasukan negeri tercinta. Walaubagaimanapun, keputusan penuh memihak kepada pasukan Perak. Keputusan perlawanan terikat dengan jaringan 3-3 . Perak menang menerusi sepakan penalti. Walau apapun saya tetap berbangga dengan perjuangan pemain kerana bertungkus lumus dalam perlawanan tersebut. Perlawanan itu mencetus kontroversi kerana mutu pengadilan yang banyak keputusan yang mencetus kemarahan para penyokong dan pemain. Memang cukup kecewa kerana pasukan tewas di saat akhir apabila pemain pertahanan Terengganu, iaitu Igor Zonjic tertampang bola ke gawang sendiri. Selepas itu, Terengganu tewas di peringkat penali dengan jaringan 4-1.Keputusan tersebut terus menghampakan para penyokong. Tahniah Perak The Bos Gaurus! Untuk pasukan Terengganu FC cuba lagi pada masa akan datang.
BBM3410/18 Pembentangan Simpulan Bahasa
Assalamualaikum semua, saya nak berkongsi kepada anda mengenai pembelajaran saya di kelas Prof Dr Normaliza minggu lepas. Minggu lepas pelajar diminta untuk membentangkan hasil slide video mengenai tugasan pantun yang dilakukan pelajar. Setiap kumpulan membentangkan tugasan masing-masing dengan jayanya. Masing-masing mempunyai hasil tersendiri dan semuanya menarik. Ada yang gelak ketawa melihat pembentangan tersebut. Untuk kumpulan kami, kami membentangkan pantun seperti angkat bahu, buah tangan, buku lima, curi tulang dan lain-lain. Selain itu, kami menghiasi slide kami dengan bunyi lagu Maafkan Kami yang dinyanyikan oleh P. Ramlee. Alhamdulillah, pembentangan kumpulan kami dipuji oleh Prof dan katanya tiada sebarang masalah dengan slide daripada kumpulan kami. Terima kasih PROF!!!!
Sunday, October 21, 2018
BBM3410/18 Terengganu Ke Final!!
Ft: JDT 2-2 Terengganu
Tahniah kepada pasukan Terengganu mara ke final Piala Malaysia 2018.
Killer pass dari Lee Tuck membolehkan Kepre yang tidak diawasi oleh Marcos melakukan jaringan pertama Terengganu .Gol kedua hasil counter attack dimulai oleh Ashaari dan sekali lagi Kepre mudah menewaskan Farizal.
Tiada luck untuk Johor malam ini.Jumpa Lagi Tahun hadapan .
Motm: Kepre / Sufian
Motm: Kepre / Sufian
Gua on Guys
BBM3410/18 Paskal
Salam sejahtera semua, hari ni saya ada kisah menarik nak kongsi dengan anda. Baru-baru ni saya menonton filem terhangat di pasaran ketika ini iaitu Paskal. Serius cerita ini memang terbaik tidak dapat diangkal lagi. Filem yang mengisahkan pengorbanan seorang komando tentera demi mempertahankan tanah air, agama dan bangsa. Pada babak yang paling menyayat hati, apabila tentera kita iaitu, Joshua sanggup mengorbankan dirinya dengan menutupi tubuhnya ke arah letusan bom daripada bom tempias ke orang awam. Selain itu, filem ini juga mengisahkan betapa duit juga boleh mengubah pendirian seseorang. Kita lihat seorang bekas tentera, sanggup belok kepada musuh semata-mata kerana dikaburi dengan wang. Perkara yang paling penting sekali, rakyat Malaysia pada hari ini haruslah mengambil iktibar daripada filem ini dan perlu menanam semangat cinta tanah air dan sentiasa bersedia berkorban demi agama, bangsa dan negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)
BBM3410/18: Facebook
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, kali ini sayamahu kongsikan mengenai tugasan minggu ke 12. Pada minggu tersebut, p...
-
assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Posting kali ini saya akan menceritakan mengenai teknik rakaman video tanpa wajah. Teknik ini cuk...
-
Hai semua. Pada hari Khamis lalu saya dan ahli kumpulan Panglima Awang bersepakat untuk membuat video one shot two layer. Setelah fikir bebe...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, kali ini sayamahu kongsikan mengenai tugasan minggu ke 12. Pada minggu tersebut, p...










