Saturday, November 17, 2018

BBM3410/18 : Video One Shot Two Layer Mendatang~

Hai semua. Pada hari Khamis lalu saya dan ahli kumpulan Panglima Awang bersepakat untuk membuat video one shot two layer. Setelah fikir beberapa kali akhirnya timbul juga idea nak buat lagu apa. Mujurlah.

Jadi panglima awang telah pilih lagu Joget-Lambak oleh Adam. Memang joget sakan. Harap diterima oleh Prof sebab kami memang berlatih bersungguh.

Rakanku yang sangat bersemangat.
Nantikan videonya pada minggu depan.

Sekian....

BBM3410/18 : Berbaki Beberapa Bulan.....

Assalamualaikum. Minggu ini merupakan minggu 9 dan berbakikan beberapa bulan lagi untuk meninggalkan UPM.

Sedih lah juga tapi hidup mesti diteruskan. Bila rasa sedih ni, teringat pula dekat PITA yang masih tak gerak dan tergendala. Ada sesiapa yang rajin nak buatkan tak? HAHAHAHAHA.

Mohon semangat rajin datang segera. Tapi sekarang kena pandai bagi masa. Waktu kerja, waktu belajar, waktu luangkan masa, waktu membuat tugasan. Bukan senang ya anak-anak. Semoga diri ini terus cekal! Sekian...


BBM3410/18 : Pembentangan Video One Shot

Assalamualaikum. Nak cerita tentang pembentangan pada minggu ini iaitu pembentangan video one shot. Setelah seminggu ditangguh akhirnya minggu ni dapatlah pembentangan dijalankan. 

Kumpulan Panglima Awang bentang giliran kedua terakhir. Maklumlah video ekslusif sangat. Kami menggunakan lagu Hajat oleh Hael Husaini. Banyak cabaran bila guna lagu baru ni. Tapi masa bentang tu, ada masalah teknikal pula, macam video tak berapa nak jelas di LCD.

Tapi prof tetap bagi pujian. Terima kasih Prof. Lepas ini ada video lagi tapi kali ni video one shot two layer. Makin mencabar tugasannya. Selamat berjaya lah kawan-kawan.

Panglima Awang Beraksi

Friday, November 16, 2018

BBM3410/18 Bersaranya Cikgu Ahmad Omar

Salam semuanya, harap semua berada dalam keberkatan selalu. Post kali ini saya ingin menceritakan sedikit mengenai seorang warga pendidik atau guru di sekolah menengah saya suatu ketika dulu. Beliau bernama cikgu Ahmad bin Omar. Beliau telahpun bersara dari alam pekerjaan beberapa hari yang lalu. Serius saya menyanjung tinggi beliaul. Sepanjang tempoh beliau berkhidmat di SMK Sultan Sulaiman dikatakan secara keseluruhan hayatnya di sana memegang folio guru disiplin sekolah. Beliau amat ditakuti pelajar ekoran ketegasan dan personaliti yang ada pada beliau. Setiap kali beliau lalu di hadapan kelas pasti murid-murid akan bergegas ke tempat duduk masing-masing dan pastikan pakaian terutama lelaki kembali segak (masukkan baju ke dalam seluar) ekoran takut pada aura yang dimiliki beliau. Walaupun ramai pelajar yang mengatakan dia tegas, tetapi pewatakannya cukup berbeza ketika di dalam kelas di mana beliau amat menyayangi dan sangat akrab dengan pelajar. Saya antara salah seorang pelajarnya dan saya cukup menghormati dan mengagumi dengan personalitinya. Bagi saya insan seperti ini patut dijadi contoh warga pendidik yang lain. Terima kasih cikgu atas tunjuk ajar cikgu sepanjang saya menjadi warga SMKSS. Saya berharap dapat kembali bertemu dengan cikgu suatu hari nanti. 

Selamat bersara cikgu.



Thursday, November 15, 2018

BBM3410/18 : Si Charlie Sudah Pulih

Assalamualaikum semua, post kali ini saya mahu kongsikan mengenai kucing peliharaan saya yang saya namakan Charlie Si Oren. Kucing ini saya menjaganya dari dia kecil lagi. Dia sesat dan terdampar di hadapan bilik saya. Saya mengambil keputusan untuk memilaharanya sehingga sekarang. Baru-baru ini dia terpaksa menahan kesakitan sakit ulser mengakibatkan dia kesakitan untuk mengunyah makanan. Setelah melihat kesakitan yang ditanggungnya saya mengambil keputusan untuk membawanya ke klinik. Alhamdulillah, kebetulan ada duit waktu itu, saya membawanya ke Veterinar. Doktor mengesahkan Charlie ada ulser dan sedikit jangkitan kuman. Tanpa melengahkan masa saya meminta doktor terus merawat dia dan alhamdulillah akhirnya dia berjaya pulih seperti biasa setelah beberapa hari. Sekarang, Charlie berjaya makan seperti biasa cuma pada hari ini dia agak malas tak macam biasa. hhahahaha 




Wednesday, November 14, 2018

BBM3410/18 : Kelas Online - Tutorial Membuat Photoshop

Assalamualaikum rakan-rakan sekalian. Pada hari ni saya nak menunjukkan cara-cara untuk membuat kalendar meja menggunakan Adobe Photoshop. Cara membuat kalendar ini telah saya pelajari melalui kelas Multimedia dalam Bahasa. Lagipun, ini merupakan sebahagian daripada kerja online bagi kuliah kami kerana kelas amali ditunda.

Saksikan video di bawah untuk mengetahui caranya dengan lebih lanjut.


Jadi itulah cara untuk membuat kalendar meja. Terima kasih kerana menonton!

Monday, November 12, 2018

BBM3410/18 Veteran Berijiwa Muda

Assalamualaikum semua, penulisan kali ni saya mahu berkongsikan mengenai seorang veteran tetapi banyak menginspirasikan saya. Semasa saya melakukan latihan industri di PPD Alor Gajah, alhamdulillah , Allah menemukan saya dengan beliau. Insan tersebut bernama Encik Zaili. Beliau merupakan ketua bahagian bahasa dan merupakan penyelia saya di sana. Beliau sudah berusia 59 tahun dan tahun depan dia tamat tempoh berkhidmat sebagai kakitangan awam. Banyak pengalaman beliau yang dikongsikan kepada saya. Beliau juga merupakan seorang guru suatu ketika dahulu. Apa yang menarik ketika saya sedang berborak dengan beliau semasa kami sama-sama menjadi urusetia mengendalikan program , tiba-tiba ada kelibat seorang lelaki dewasa mengambil keretanya. Encik Zaili dengan senyum mengatakan bahawa " dia itu anak murid saya." Saya dapat merasakan bahawa dia cukup gembira melihat anak didiknya berjaya. Dalam urusan kerja, beliau seorang yang sangat rajin dan berdisplin tinggi. Walaupun banyak pikul beban yang dipegang, beliau tetap tenang dan bijak menyelesaikan setiap  tugasan. Terima kasih Encik Zaili kerana banyak memberi tunjuk ajar dan menginspirasikan saya untuk kerjaya saya di masa hadapan. Ada masa InshaAllah kita bertemu lagi.


BBM3410/18 Impian Kerjaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, penulisan saya kali ini hanya mahu meluahkan sedikit mengenai cita-cita saya dan impian saya dari kecil. Saya memang bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang guru. Sayaberimpikan impian itu kerana tugas seorang guru sebagai pendidik anak bangsa memang suatu tanggungjawab besar untuk dipikul. Betapa sejuknya hati seorang guru melihat anak didiknya menjadi seorang insan yang berguna buat masyarakat di esok hari. Oleh sebab itu, saya amat menghormati warga pendidik. Tapi sayang sekali peluang untuk saya mengampai impian itu mungkin tertutup kerana saya bukanlah mengambil bidang pendidikan. Malah sekarang saya juga sudah seperti selesa berkhidmat dengan syarikat Ultraprint Universal. Seandainya mendapat peluang kedua untuk melayakkan diri ke bidang pendidikan saya tidak menolak kemungkinan untuk menggapai peluang itu tetapi dalam masa yang sama agak sukar untuk memaksa saya angkat kaki dari Ultraprint.

Sunday, November 11, 2018

BBM3410/18 : Rancangan Prof Normaliza Di TV Al-Hijrah

Assalamualaikum semua, hari ni saya mahu cerita sedikit secara santai mengenai tugasa yang diberikan prof tempoh hari. Pada minggu lepas, kelas terpaksa dilakukan secara online kerana prof kami perlu menghadirkan diri ke TV Al Hijrah. Prof meminta pelajarnya untuk menonton  rancangan tersebut di mana beliau sebagai tetamu jemputan. Pelajar ditugaskan untuk mengambil foto dan dan memuatnaik gambar prof di instagram. Pelajar diminta mengambil gambar yang cantik. Gambar yang cantik prof akan like gambar tersebut dan memberikan komen pada gambar jika pelajar meletakkan hashtag yang mencuit hati prof.  Gambar yang saya memuat naik diterima prof dan syukur hashtag yang saya letak pada post juga berjaya mencuit hati prof sekaligus memaksa prof meninggalkan komen di ruangan komen gambar yang saya memuatnaik di instagram.




BBM3410/18: Facebook

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, kali ini sayamahu kongsikan mengenai tugasan minggu ke 12. Pada minggu tersebut, p...